Cuba cari Faz kat mana? 😂
Ini adalah gambar 924 daripada ~3000 perunding kecantikan (Beauty Consultant) yang hadir semasa Career Conforence pada 13 April 2019 tempoh hari.
Alhamdulilah, terima kasih suami yang sangat memahami kerana memberi Faz peluang menimba ilmu dan menceburkan diri dalam perniagaan kecantikan Mary Kay ni.
😍
Faz dulu hanyalah pengguna rangkaian produk penjagaan kulit Mary Kay selama 3 tahun. Tapi pada Ogos 2018 barulah Faz yakin nak menjadikan Mary Kay satu perniagaan.
💡
Kenapa? Pertama sekali adalah Faz suka sangat buka Facebook. Jadi alang-alang main Facebook tu, apa kata jana pendapatan sekali. Haha. Jadi sekurang-kurangnya, bermakna lah sikit Faz main social media ni kan.
💡
Kedua, sebab Faz memang nak jana pendapatan tambahan. Jadi Faz rasa Mary Kay adalah syarikat yang tepat untuk memulakan perniagaan. Dengan modal permulaan yang rendah (Faz dulu mula dengan RM 189, Sekarang dah jadi RM 70 je) Faz sudah boleh berniaga! Tambahan pula, Mary Kay ini syarikatnya memang dah kuat (sudah bertapak selama 56 tahun di dunia) tiada masalah kewangan, produknya berkualiti, harga produk berpatutan. Produknya pula boleh dijual dan yang penting, produk dia berkesan dan ada penyelidikan.
💡
Faz pun dulu ragu-ragu dengan diri sendiri bila nak menjual ni. Yelah, kita tak reti, tapi tapi tapi...Mary Kay menyediakan kelas percuma saja untuk Faz upgrade diri sendiri. Belajar mekap, belajar marketing, belajar bercakap, semuanya percuma! Tinggal kau malas dengan rajin je.
💡
Dan terakhir sekali ni Faz baru je sedar selepas pergi career conference ni. Rupa-rupanya, syarikat Mary Kay ni memang menyediakan peluang kerjaya terbaik untuk kita. Kita diberi penghargaan dan hadiah untuk maju dan berkembang dalam perniagaan kecantikan ni tau. Dia bagi jalan yang jelas jika anda ingin mencapai tahap yang tinggi.
Jadi Faz ingin mengajak wanita di luar sana untuk memperkayakan hidup anda dengan ilmu dan aktiviti yang boleh meningkatkan taraf hidup anda. Kenapa tidak mencuba Mary Kay? Mana tahu, ianya mampu mengubah hidup anda?
Faz,
Perunding Kecantikan
0179857801
No comments:
Post a Comment