Friday, November 2, 2018

CUCI MUKA JE PUN! TAKKANLAH SAMPAI MACAM TU SEKALI KESAN NYA?

Hi my pretty nerds!
Hari ini Faz nak cerita pasal cerita basi yang selalu orang terlepas pandang. Apa dia tu? Haa sudah tentulah topik MENCUCI MUKA.

Kenapa Perlu Cuci Muka?

CUCI bermaksud membersihkan. Jadi, sememangnya kita cuci muka kita adalah untuk membersihkan muka daripada segala jenis kotoran. Minyak, debu, solekan, makanan atau apa-apalah saja yang menyebabkan muka kita kotor. Medium bagi mencuci muka kita ialah air. 

Apa jadi kalau tak cuci muka?

Kotoran akan lekat di wajah dan menyebabkan muka kita kusam. Minyak yang terkumpul juga akan menyebabkan muka kita berjerawat. Kalau jenis pakai solekan yang menyumbat liang pori tu lagi lah kan. Liang pori yang tersumbat akan menyebabkan saiz liang pori anda besar. Berkemungkinan juga akan tumbuh jerawat. Paling-paling malas pun, tolong lah basuh basuh guna air.


Para liang pori.

Tips cari pencuci muka yang bagus.

Mencuci muka merupakan rutin yang penting bagi kesihatan kulit muka anda tau. Selain air, kita gunakanlah sekali pencuci muka! Ni Faz bagi tips memilih pencuci muka:
😘

AGE MINIMIZE 4 IN 1 CLEANSER MARY KAY TIMEWISE MIRACLE

TIPS MEMILIH PENCUCI MUKA.

  1. Pastikan anda tahu jenis kulit muka anda sebelum memilih pencuci muka. Kulit kering, berminyak, normal ataupun kombinasi. Jika salah pakai kang, takut muka akan jadi terlalu kering, atau muka jadi terlalu berminyak. Lepastu mulalah salahkan produk, padahal, diri sendiri tak cek dulu! wakaka.
  2. Pastikan juga, pencuci muka itu bebas buih. Sebab buih ni boleh menyebabkan muka anda kering. Kulit kering akan menyebabkan ketidakselesaan kan. Rasa tegang semacam je. Pastu kalau kulit kita kering, automatik kulit kita ni akan bagi isyarat dekat otak untuk keluarkan lagi banyak minyak tau. jadi tak pasal-pasal muka anda jadi kering dan berminyak pula.
  3. Pastikan pencuci muka bebas pewangi. Pewangi ni kadang-kadang tak sesuai untuk muka sensitif.
  4. Pastikan anda tahu isi kandungan pencuci muka tersebut. Yelah, takut dia letak bahan-bahan terlarang. Naiya muka anda nanti!

APA JADI SELEPAS CUCI MUKA?

Kalau kita jaga rutin penjagaan wajah kita, kita mencuci, melembab, pakai mask atau scrub, dan pakai toner dan juga pelindung matahari, Insyaallah muka kita akan jadi sihat dan muda. Selain itu, sebelum tidur, anda perlu memastikan muka anda bebas dari sebarang bahan solekan. Nanti liang-liang pori anda tersumbat. Lepastu berjerawat, lepas tu emo. hahaha. okay. Jadi ingat, cuci muka!



APA YANG FAZ REKEMENKAN?

Pencuci muka TIMEWISE MIRACLE 3D, AGE MINIMIZE 4 in1 CLEANSER (Rujuk Gambar) baru keluar dari Mary Kay ni ada semua ciri-ciri di atas. 
  • Takde buih
  • bebas pewangi, dan 
  • bahan dia semua dari ekstrak tumbuh-tumbuhan! 
  • Yang paling best, dia ada 4 dalam 1 in one tube!
APA YANG 4 DALAM 1 TU?
  1. Membersih
  2. Menyegar
  3. Exfoliate (mengelupas tapi mild saja. Dalam pencuci ni dia ada biji-biji halus untuk buang sel-sel kulit mati. Boleh zoom kat kat gambar)
  4. Mencerah!
Bestkan, yang ni siap ada age minimizer formula lagi tau. Maksudnya, dia mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan dalam masa 4-12 minggu!
Haa, apalagi, jom cari pencuci muka yang betul sekarang! 😘

Real results after 12 weeks usage of Timewise 3D complete set.





p/s: Jika anda hendak cuba set ni atau pun pencuci muka yang lain di Mary Kay, boleh hubungi Faz di talian:
Telefon: 017 9857801
Facebook: https://www.facebook.com/trulymaryk/
Instagram: https://www.instagram.com/trulymaryk/
Personal Mary Kay Website: https://www.marykay.com.my/fazika


Faz ada buat perkhidmatan perundingan kecantikan secara PERCUMA, PERCUMA kelas penjagaan kulit dan PERCUMA kelas asas solekan. PM Faz tau kalau berminat. 

Jom pilih produk yang berkualiti untuk muka anda sekarang. Ianya tidak pernah terlambat untuk mula!

Salam sayang,
Faz.
Kota Damansara

No comments:

Post a Comment

Peluang Pendapatan Hanya Di Rumah!

Assalamualaikum & hai dear, Adakah anda berminat untuk menjana pendapatan tambahan dari rumah? Kami menawarkan peluang perniagaan penjag...