Siapa sini suka makeup natural? Maksudnya solekan yang menyerlahkan kecantikan semulajadi anda tapi tak mengubah muka anda dengan ketara.
The Power Of Makeup Challenge |
Sekarang ni tengah trending pasal solek menyolek ni siap ramai orang buat tutorial lagi. Jadi pendedahan terhadap seni menyolek ni tersebar dengan meluas dan sekarang semua orang pandai bersolek termasuklah para remaja sekolah dan kaum lelaki. Ramai yang buka kelas menyolek sebab apa tau, high demand sekarang ni, orang guna perkhidmatan mereka untuk pelbagai majlis.
Di internet sekarang tengah tular satu trend tau dipanggil makeup challenge, di mana beberapa gadis menyolek muka mereka siap tunjuk muka sebelum dan selepas. Tapi yang memeranjatkan, transformation mereka itu sangat berbeza! Muka sebelum sangat berbeza dengan muka apabila selepas di solek. The power of makeup gitu. Boleh tengok video di bawah untuk tahu lebih lanjut pasal The Power Of Makeup Challenge ni. Its addicting you know, to see that kind of transformation. It truly amazed me how these girls can be so different with so much effort they put in just to be pretty. The most shocking part, they even have false nose made of clay (I guess) to make their nose sharp and small.
To me, its okay to wear makeup like that if that make you happy. Sebab kadang-kadang kita mencari kegembiraan dengan cara yang berbeza. Walaubagaimanapun, Faz tetap suka dengan solekan yang natural. Siapa suka juga kita geng. Hehe. Jadi kalau anda suka mekap natural, yang hanya menyerlahkan kecantikan semulajadi anda tanpa mengubah wajah asal anda, maka rangkaian produk solekan Mary Kay sesuai untuk anda tau.
Natural Makeup Look from Mary Kay. |
Natural Make up |
Ni hasilnya selepas Faz makeup dengan menggunakan makeup dari Mary Kay. Selain daripada natural, makeup Mary Kay ni juga ringan, bahan dia berasas daripada mineral, tak komedogenik (tak menyumbatkan liang pori anda) dan yang paling penting selamat.
Natural Makeup look from Mary Kay. |
Bak kata Faz tadi, we put so much effort to makeup just to make us feel pretty. Actually the one that make you pretty is the health of your skin (selain daripada hati dan perangai wakakaka). Kulit kita sebenarnya mencerminkan kesihatan badan kita tau. Jadi kalau kita jaga kesihatan secara tak langsung kulit kita juga akan sihat. Jika anda mempunyai masalah berkenaan dengan kulit, please go seek help because no makeup will hide your problems forever.
So a good makeup look results from a good skincare routine. So before I apply any makeup, usually I will prep my skin first.
PREP YOUR SKIN?
Yup, you heard it right! Prepare your skin before applying makeup is crucial. Sebabnya, kalau kita tak prep betul-betul nanti, makeup kita tak sekata, bercapuk, merekah dan kulit kering. Lepastu pemilihan alat mekap juga kenalah sesuai untuk kulit ya kawan-kawan.
Jadi apa yang Faz buat untuk prep kulit Faz?
- Mencuci. Mencuci muka penting ya. Untuk buang kotoran dan juga solekan yang lama. Faz guna Timewise Miracle 3 in 1 cleanser. Cuci muka 2 kali sehari tau. Faz guna skinvigorate cleansing brush sekali untuk buang solekan dan kulit mati. Berus ni 85% lebih berkesan menanggalkan mekap berbanding guna tangan tau. Kulit mati akan buat muka kita kusam pastu nanti nak sapu foundation tak syoklah. Kena tebal-tebal pula.
- Guna softener atau toner. Fungsi dia untuk mengurangkan ketaraan pori, sekatakan warna kulit, melembabkan muka, dan meremajakan kulit. Faz pakai softener Mary Kay sebab dia takde alcohol, jadi kulit tak kering!
- Lepas tu Faz guna pelembab. Pelembab sangat penting ya sebab kita tak nak kulit kita kering masa pakai mekap. Kulit kering ni, kalau kita sapu foundation nanti dia jadi nampak macam tak rata kan, jadi keruping-keruping, nanti mekap tak lawa. Jadi nak mekap lawa kena pakai pelembab muka ya!
- Kemudian, Faz pakai OIL FREE HYDRATING GEL sebagai makeup base Faz. Yang ni akan buat muka jadi sejuk, licin je dan bedak tak merekah. kahkah
- Lastly, I use primer with SPF15. Primer penting untuk menutup pori-pori supaya bila sapu foundation, dia jadi rata je kat muka. Efek floles lah jadinya! Aha
Cleanser, Softener and Moisturizer that I use |
The ultimate skinvigorate cleansing brush! |
My makeup base! |
Primer kegemaran! Ada SPF 15 untuk melindungi wajah dari sinaran mentari! |
Itu dia cara-cara Faz prep muka sebelum menyolek. Ingat ya, jaga kulit muka dulu sebelum makeup. Bila kulit cantik secara automatik, makeup yang kita pakai cantik. Kita juga tak perlukan solekan yang tebal dah. Natural beauty gitu. Oklah, selamat mencuba semua orang.
Faz,
Pengguna Mary Kay sejak 2015.
No comments:
Post a Comment