Monday, June 1, 2020

Hadiah Untuk Lelaki?

Kadang-kadang pening juga kan hendak mencari hadiah untuk lelaki. Baju? Dan selalu bagi, jam tangan pun sama, beg dompet lagi la, selalu sangat.

 Jangan risau, hari ni Faz ada beberapa cadangan yang menarik lagi-lagi sempena hari bapa pada bulan Jun ni nanti.


Salah satu ideanya ialah set penjagaan wajah. Ya kita tahu, lelaki ni susah sangat nak menjaga kulit. Paling rajin pun mencuci muka. Itupun guna air saja. Ish, kalau guna air je, macam mana minyak, debu dan semua kotoran kat muka tu nak hilang kan.

Sebelum itu, jom kita ambil tahu pasal ciri-ciri kulit lelaki.

🙍mempunyai Epidermis (kulit) yang tebal. Epidermis adalah lapisan kulit paling luar yang membantu melindungi kita daripada ancaman fizikal dan kimia seperti agen kosmetik.

🙍lelaki mempunyai masalah kulit berminyak. Testosterone, hormon macho si lelaki, mempengaruhi pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak di kulit.
Lebih tinggi kesan- kesan testosterone, lebih berminyak kulit mereka.

🙍lelaki mempunyai kulit yang lebih gelap berbanding wanita.
Kewujudan bulu muka yang kasar pada lelaki juga menyumbang kepada warna kulit mereka gelap.
Lelaki juga kekal gelap lebih lama daripada wanita selepas terdedah kepada cahaya matahari yang kuat.

🙍kulit lelaki juga lebih terdedah kepada bakteria, fungal dan jangkitan virus.
Ini mungkin berkaitan dengan pengaruh hormon pada fungsi imun kulit.

❤Masalah ini boleh diatasi dengan penjagaan kulit MK Men dari Mary Kay.
Jangka penggunaan bertahan 6-8 bulan. Jimat tidak perlu order setiap bulan.😄


Skinvigorate cleansing brush. Kombo dengan cleanser ni ha, baru la bersih muka laki korang.

Selain itu, anda juga boleh bagi tools seperti Skinvigorate cleansing brush ni. Memang membersihkan muka sehingga ke liang pori tau. Kombo pula dengan pencuci muka MK men yang memang best, ada anti penuaan dan sangat selesa di kulit walaupun selepas bercukur.



Skinvigorate Cleansing brush ni kalis air tau. Jadi jangan risau kalau suami anda pakai sampai basah terkena air. 

Sempena hari ayah ni, boleh lah anda bagi kepada lelaki kegemaran anda haaa! syokkan. Ada lagi...



Boleh juga anda hadiahkan kombo cleanser dan minyak wangi ni! Wah wah, syok sangat nih! Bukan saja untuk hari bapa, untuk hari jadi, aniversary pun boleh tau. Jangan lupa tu, ada percuma beg cantik tu uols!


Walaupun mereka lelaki, kulit tetap kena sihat tau. Jom hadiahkan mereka MK MEN! 🤩




Jangan lupa hubungi Faz untuk pertanyaan pasal kulit dan info yang lain lagi pasal Mary Kay ni tau! 🤩

SELAMAT HARI BAPA UNTUK KALIAN !


#fathersday #ideahadiah #hadiahuntuklelaki





No comments:

Post a Comment

Peluang Pendapatan Hanya Di Rumah!

Assalamualaikum & hai dear, Adakah anda berminat untuk menjana pendapatan tambahan dari rumah? Kami menawarkan peluang perniagaan penjag...