Wednesday, November 7, 2018

'The power of makeup' challenge?


Hello my pretty nerds!

Siapa sini suka makeup natural? Maksudnya solekan yang menyerlahkan kecantikan semulajadi anda tapi tak mengubah muka anda dengan ketara. 

The Power Of Makeup Challenge

Sekarang ni tengah trending pasal solek menyolek ni siap ramai orang buat tutorial lagi. Jadi pendedahan terhadap seni menyolek ni tersebar dengan meluas dan sekarang semua orang pandai bersolek termasuklah para remaja sekolah dan kaum lelaki. Ramai yang buka kelas menyolek sebab apa tau, high demand sekarang ni, orang guna perkhidmatan mereka untuk pelbagai majlis.

Di internet sekarang tengah tular satu trend tau dipanggil makeup challenge, di mana beberapa gadis menyolek muka mereka siap tunjuk muka sebelum dan selepas. Tapi yang memeranjatkan, transformation mereka itu sangat berbeza! Muka sebelum sangat berbeza dengan muka apabila selepas di solek. The power of makeup gitu. Boleh tengok video di bawah untuk tahu lebih lanjut pasal The Power Of Makeup Challenge ni. Its addicting you know, to see that kind of transformation. It truly amazed me how these girls can be so different with so much effort they put in just to be pretty. The most shocking part, they even have false nose made of clay (I guess) to make their nose sharp and small.



To me, its okay to wear makeup like that if that make you happy. Sebab kadang-kadang kita mencari kegembiraan dengan cara yang berbeza. Walaubagaimanapun, Faz tetap suka dengan solekan yang natural. Siapa suka juga kita geng. Hehe. Jadi kalau anda suka mekap natural, yang hanya menyerlahkan kecantikan semulajadi anda tanpa mengubah wajah asal anda, maka rangkaian produk solekan Mary Kay sesuai untuk anda tau. 

Natural Makeup Look from Mary Kay.
Natural Make up
Jom tengok macam mana nak dapat solekan natural hanya dengan menggunakan produk Mary Kay.


Ni hasilnya selepas Faz makeup dengan menggunakan makeup dari Mary Kay. Selain daripada natural, makeup Mary Kay ni juga ringan, bahan dia berasas daripada mineral, tak komedogenik (tak menyumbatkan liang pori anda) dan yang paling penting selamat.

Natural Makeup look from Mary Kay.

Bak kata Faz tadi, we put so much effort to makeup just to make us feel pretty. Actually the one that make you pretty is the health of your skin (selain daripada hati dan perangai wakakaka). Kulit kita sebenarnya mencerminkan kesihatan badan kita tau. Jadi kalau kita jaga kesihatan secara tak langsung kulit kita juga akan sihat. Jika anda mempunyai masalah berkenaan dengan kulit, please go seek help because no makeup will hide your problems forever.

So a good makeup look results from a good skincare routine. So before I apply any makeup, usually I will prep my skin first.

PREP YOUR SKIN?

Yup, you heard it right! Prepare your skin before applying makeup is crucial. Sebabnya, kalau kita tak prep betul-betul nanti, makeup kita tak sekata, bercapuk, merekah dan kulit kering. Lepastu pemilihan alat mekap juga kenalah sesuai untuk kulit ya kawan-kawan.

Jadi apa yang Faz buat untuk prep kulit Faz?
  1. Mencuci. Mencuci muka penting ya. Untuk buang kotoran dan juga solekan yang lama. Faz guna Timewise Miracle 3 in 1 cleanser. Cuci muka 2 kali sehari tau. Faz guna skinvigorate cleansing brush sekali untuk buang solekan dan kulit mati. Berus ni 85% lebih berkesan menanggalkan mekap berbanding guna tangan tau. Kulit mati akan buat muka kita kusam pastu nanti nak sapu foundation tak syoklah. Kena tebal-tebal pula. 
  2. Guna softener atau toner. Fungsi dia untuk mengurangkan ketaraan pori, sekatakan warna kulit, melembabkan muka, dan meremajakan kulit. Faz pakai softener Mary Kay sebab dia takde alcohol, jadi kulit tak kering!
  3. Lepas tu Faz guna pelembab. Pelembab sangat penting ya sebab kita tak nak kulit kita kering masa pakai mekap. Kulit kering ni, kalau kita sapu foundation nanti dia jadi nampak macam tak rata kan, jadi keruping-keruping, nanti mekap tak lawa. Jadi nak mekap lawa kena pakai pelembab muka ya! 
  4. Kemudian, Faz pakai OIL FREE HYDRATING GEL sebagai makeup base Faz. Yang ni akan buat muka jadi sejuk, licin je dan bedak tak merekah. kahkah
  5. Lastly, I use primer with SPF15. Primer penting untuk menutup pori-pori supaya bila sapu foundation, dia jadi rata je kat muka. Efek floles lah jadinya! Aha
Cleanser, Softener and Moisturizer that I use

The ultimate skinvigorate cleansing brush!


My makeup base!


Primer kegemaran! Ada SPF 15 untuk melindungi wajah dari sinaran mentari!

Itu dia cara-cara Faz prep muka sebelum menyolek. Ingat ya, jaga kulit muka dulu sebelum makeup. Bila kulit cantik secara automatik, makeup yang kita pakai cantik. Kita juga tak perlukan solekan yang tebal dah. Natural beauty gitu. Oklah, selamat mencuba semua orang.

Faz,
Pengguna Mary Kay sejak 2015.

Friday, November 2, 2018

CUCI MUKA JE PUN! TAKKANLAH SAMPAI MACAM TU SEKALI KESAN NYA?

Hi my pretty nerds!
Hari ini Faz nak cerita pasal cerita basi yang selalu orang terlepas pandang. Apa dia tu? Haa sudah tentulah topik MENCUCI MUKA.

Kenapa Perlu Cuci Muka?

CUCI bermaksud membersihkan. Jadi, sememangnya kita cuci muka kita adalah untuk membersihkan muka daripada segala jenis kotoran. Minyak, debu, solekan, makanan atau apa-apalah saja yang menyebabkan muka kita kotor. Medium bagi mencuci muka kita ialah air. 

Apa jadi kalau tak cuci muka?

Kotoran akan lekat di wajah dan menyebabkan muka kita kusam. Minyak yang terkumpul juga akan menyebabkan muka kita berjerawat. Kalau jenis pakai solekan yang menyumbat liang pori tu lagi lah kan. Liang pori yang tersumbat akan menyebabkan saiz liang pori anda besar. Berkemungkinan juga akan tumbuh jerawat. Paling-paling malas pun, tolong lah basuh basuh guna air.


Para liang pori.

Tips cari pencuci muka yang bagus.

Mencuci muka merupakan rutin yang penting bagi kesihatan kulit muka anda tau. Selain air, kita gunakanlah sekali pencuci muka! Ni Faz bagi tips memilih pencuci muka:
😘

AGE MINIMIZE 4 IN 1 CLEANSER MARY KAY TIMEWISE MIRACLE

TIPS MEMILIH PENCUCI MUKA.

  1. Pastikan anda tahu jenis kulit muka anda sebelum memilih pencuci muka. Kulit kering, berminyak, normal ataupun kombinasi. Jika salah pakai kang, takut muka akan jadi terlalu kering, atau muka jadi terlalu berminyak. Lepastu mulalah salahkan produk, padahal, diri sendiri tak cek dulu! wakaka.
  2. Pastikan juga, pencuci muka itu bebas buih. Sebab buih ni boleh menyebabkan muka anda kering. Kulit kering akan menyebabkan ketidakselesaan kan. Rasa tegang semacam je. Pastu kalau kulit kita kering, automatik kulit kita ni akan bagi isyarat dekat otak untuk keluarkan lagi banyak minyak tau. jadi tak pasal-pasal muka anda jadi kering dan berminyak pula.
  3. Pastikan pencuci muka bebas pewangi. Pewangi ni kadang-kadang tak sesuai untuk muka sensitif.
  4. Pastikan anda tahu isi kandungan pencuci muka tersebut. Yelah, takut dia letak bahan-bahan terlarang. Naiya muka anda nanti!

APA JADI SELEPAS CUCI MUKA?

Kalau kita jaga rutin penjagaan wajah kita, kita mencuci, melembab, pakai mask atau scrub, dan pakai toner dan juga pelindung matahari, Insyaallah muka kita akan jadi sihat dan muda. Selain itu, sebelum tidur, anda perlu memastikan muka anda bebas dari sebarang bahan solekan. Nanti liang-liang pori anda tersumbat. Lepastu berjerawat, lepas tu emo. hahaha. okay. Jadi ingat, cuci muka!



APA YANG FAZ REKEMENKAN?

Pencuci muka TIMEWISE MIRACLE 3D, AGE MINIMIZE 4 in1 CLEANSER (Rujuk Gambar) baru keluar dari Mary Kay ni ada semua ciri-ciri di atas. 
  • Takde buih
  • bebas pewangi, dan 
  • bahan dia semua dari ekstrak tumbuh-tumbuhan! 
  • Yang paling best, dia ada 4 dalam 1 in one tube!
APA YANG 4 DALAM 1 TU?
  1. Membersih
  2. Menyegar
  3. Exfoliate (mengelupas tapi mild saja. Dalam pencuci ni dia ada biji-biji halus untuk buang sel-sel kulit mati. Boleh zoom kat kat gambar)
  4. Mencerah!
Bestkan, yang ni siap ada age minimizer formula lagi tau. Maksudnya, dia mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan dalam masa 4-12 minggu!
Haa, apalagi, jom cari pencuci muka yang betul sekarang! 😘

Real results after 12 weeks usage of Timewise 3D complete set.





p/s: Jika anda hendak cuba set ni atau pun pencuci muka yang lain di Mary Kay, boleh hubungi Faz di talian:
Telefon: 017 9857801
Facebook: https://www.facebook.com/trulymaryk/
Instagram: https://www.instagram.com/trulymaryk/
Personal Mary Kay Website: https://www.marykay.com.my/fazika


Faz ada buat perkhidmatan perundingan kecantikan secara PERCUMA, PERCUMA kelas penjagaan kulit dan PERCUMA kelas asas solekan. PM Faz tau kalau berminat. 

Jom pilih produk yang berkualiti untuk muka anda sekarang. Ianya tidak pernah terlambat untuk mula!

Salam sayang,
Faz.
Kota Damansara

Peluang Pendapatan Hanya Di Rumah!

Assalamualaikum & hai dear, Adakah anda berminat untuk menjana pendapatan tambahan dari rumah? Kami menawarkan peluang perniagaan penjag...