Sunday, August 23, 2020
Ini bahan yang anda perlu cari untuk merawat masalah jerawat anda!
Saturday, August 22, 2020
KENAPA KENA BUANG ALAT SOLEK YANG DAH LUPUT?
HAI KORANG!
Faz tahu, ramai je wanita di luar sana jenis suka pakai mekap, tapi tak pernah ingat pun bila tarikh luput solekan anda. Selagi tak habis, kita pun duk pakai la. Pakai la lipstik yang sudah dua tahun tu kat bibir. Pakai la juga mascara yang dah setahun tu. Sebab sayang nak buang. Mahal ni kita beli ni, lagipun banyak lagi. Sayang la Faz nak buang.
Iya,,Faz pun macam tu. Kadang-kadang tak ingat pun bila kita beli. Lepas tu masih banyak lagi kan. Jadi apalah salahnya kita menjimatkan duit. Kita pun pakai la tanpa ragu-ragu. Sama la juga dengan skincare kita. Selagi tak habis haa pakai la walaupun krim tu sudah setahun ada dalam almari.
Tapi tahukah anda? Apabila kita memakai alat solekan atau skincare yang sudah luput tarikh nya, bukan saja ianya akan memberi kesan kurang efektif (untuk skincare) malah boleh membawa kepada iritasi dan juga jangkitan bakteria!
Kalau korang nak tahu, ada banyak kajian pasal alat solek dan skincare yang dah expired ni. Salah satunya ialah kajian dari Jackelly de Felipe dan geng dia (tahun 2020). Mereka dah buat kajian tau. Depa cakap, kebanyakkan alat solek ni tidak diletakkan di tempat yang bersih, malah kandungan air di dalam alat solek juga memainkan peranan untuk menjemput bakteria dan kulat hadir lantas mencemarkan makeup korang tu. Nak tahu apa yang diorang jumpa dalam makeup tu? Diorang jumpa beberapa sampel kulat! EYUUUWWWW kan! Korang nak ke kulat lekat kat kulit muka korang? Karang tak pasal-pasal dapat fungal acne.
Contoh gambar kulat dalam piring petri. Comel kan, tapi bahaya! |
Lepastu ada lagi satu kajian oleh Bashir dan Lambert (2019), diorang ni ambil sample kat pelbagai jenis makeup la, ada lipstick, lipgloss, beauty blender dan mascara. Diorang jumpa apa tau, diorang jumpa bakteria dan kulat. Pastu diorang cakap lagi, 79-90% makeup tu telah tercemar dengan kulat dan bakteria ni. Lagi-lagi beauty blender tu. Diorang juga jumpa bakteria ni Staphylococcus aureus, Escherichia coli and Citrobacter freundii . Please girl, lepas pakai beauty blenders, berus ke, tolong rajin cuci. heheheh
contoh bakteria yang hidup di kulit
Jadi korang bayangkanlah, apa jadi kat makeup dan skincare kita kalau sudah luput tarikhnya. Macam-macam microb boleh wujud kan? Jadi kalau kita masih lagi pakai, agak-agak selamat tak untuk kulit kita? Sudah tentu lah tak kan!
Jadi apa korang kena buat? Pastikan tahu tarikh luput setiap alat solekan dan skincare korang. Kalau lupa, boleh rujuk jadual kat bawah ni sebagai garis panduan.
Selain itu, korang kena la jaga kebersihan alat solekan korang seperti bersihkan berus mekap setiap 2 minggu, beauty blender cucilah setiap minggu, simpan di tempat yang kering dan bersih dan elakkan kongsi-kongsi barang mekap dengan orang lain. heeehehhe.
Faz harap, Faz dapat la membuka mata korang pasal peri pentingnya untuk tahu expired date makeup dan skincare kita. Kita tak mahulah tiba-tiba je nanti muka breakout kan. Kebersian juga kena jaga, jangan biarkan alat solek anda comot dan kotor. Bakteria suka tau duduk kat tempat macam tu. Take care everyone!
NEXT POST, Faz akan cerita macamana untuk semak tarikh luput skincare dan makeup korang, kalau korang memang lupaaaaa bila korang beli. heheh
Jumpa lagi!
Faz, Beauty Consultant nerd anda.
#marykay #skincare #expireddate #makeup
Tuesday, August 18, 2020
YOUTHFINITY MARY KAY: THE POWER OF NEVER FALLING ROSES
Peluang Pendapatan Hanya Di Rumah!
Assalamualaikum & hai dear, Adakah anda berminat untuk menjana pendapatan tambahan dari rumah? Kami menawarkan peluang perniagaan penjag...
-
RAHSIA MAKEUP TAHAN LAMA. ๐ 2 item yg wajib ade iaitu primer foundation & finishing spray. ๐ 1) PRIMER FOUNDATION -Digun...
-
My first ever career conference! Cuba cari Faz kat mana? ๐ Ini adalah gambar 924 daripada ~3000 perunding kecantikan (Beauty Consu...
-
Comel kan! Dulu masa Faz nikah, Faz letak set Botanical Effect Skincare kat dulang hantaran. Hehe. Tapi Faz buat lagi...
-
Kadang-kadang pening juga kan hendak mencari hadiah untuk lelaki. Baju? Dan selalu bagi, jam tangan pun sama, beg dompet lagi la, selalu san...
-
The most premium skincare in Mary Kay, Youthfinity. *THE POWER OF THREE* Infinite Rose Complex khas kami menyerlahkan kebaikan *3R* yang p...
-
Hello my pretty nerds! Siapa sini suka makeup natural? Maksudnya solekan yang menyerlahkan kecantikan semulajadi anda tapi tak mengub...