Thursday, July 4, 2019

PERKARA YANG ANDA PATUT TAHU PASAL LIP TINT!



Trend dalam kosmetik ni sangat pantas kan, dah macam trend alat komunikasi pula. Tak terkejar kita. Jadi sekarang, dalam dunia kesmetik ini, ada satu trend dimana wanita-wanita nak pakai makeup, tapi nak nampak natural. As confuse as it sound, the things to get that ‘no-makeup- makeup look’ is really exist. Okay korang tak yah nak cakap pasal natural beauty lah kat sini, itu topic lain. Haha.



Okay, berbalik pada topic no makeup, makeup look tadi, disebabkan permintaan yang tinggi pada gaya yang macam ni, banyak la servis-servis diluar sana menawarkan, sulam bedak (untuk muka nampak macam pakai bedak hari-hari, tak larut air, tahan berbulan-bulan), tattoo kening (supaya takyah pakai celak hari-hari), haa apa lagi, apa ni, eye lashes extension dan lain-lain lagi korang boleh cari sendiri. Tapi kadang-kadang kaedah ini, tak bersih dan kalis air.

Sulam bedak ke dalam kulit. Separa kekal.
Eyebrow tattoo

But, thanks to makeup!  Ada juga kaedah lain untuk dapatkan gaya yang wanita-wanita ini dambakan, yang lebih selamat dan boleh dicuci. Contohnya seperti lip tint yang dah semakin mendapat tempat di Malaysia. Lip tint ni popular kat Korea tau. Sebab dia nampak macam mulut tak nampak macam pakai lipstick pun. Nampak macam warna semulajadi gitu. Orang Korea kan suka makeup gaya natural-natural gini. Lepastu, lip tint ni tahan lama. Orang memang ingat korang macam tak pakai lipstick punya la. Sebab dia “tint” kan warna bibir korang tu. Tapi apa yang best nya, tint ni bersifat sementara. Cuma dia lagi tahan lama berbanding lip matte.

Lip tint korea

Rangkaian kosmetik Mary Kay juga tidak melepaskan peluang untuk mengeluarkan LIP TINT edisi terhad mereka. Didatangkan dengan 3 warna yang diinspirasikan daripada warna musim bunga di kawasan gurun. Haaa kelas kau. Gurun terus.



Tapi sebelum korang beli dan pakai, jom baca, apa yang korang patut tahu pasal LIP TINT Mary Kay edisi terhad ini!


Liptint Mary Kay ini ada 3 warna pilihan, Magenta, Canyon dan Flora. Dengan ketepatan seperti mata pena, lip tint yang ringan dan boleh diperkuatkan dengan lapisan warna (buildable lip colour) akan membenarkan anda untuk membina raut wajah – dari neutral sehingga kelihatan anggun – tanpa merasa berat di bibir.

Sebelum pakai lip tint ni, anda disarankan untuk memakai pelembab bibir dahulu, barulah nampak mungil. Nak pakai lip tint dengan lip gloss pun boleh tau. Untuk menanggalkan lip tint dengan mudah, anda boleh guna Lip Scrub Mary Kay sahaja.


Jadi, siapa yang sesuai menggunakan lip tint ni? Sudah tentu lah wanita yang sibuk 24 jam sehari sehigga tidak sempat touch up lipstick mereka. Haha. ok gurau je. Lip tint ni sesuai untuk wanita yang inginkan pemakaian lipstick yang tahan lama. Tidak perlu touch up banyak kali. Ianya juga menjimatkan duit, Hehe. Anda boleh dapatkan lip tint ini dengan Faz.

Untuk lihat promosi Lip Tint tekan sini.

Untuk order boleh tekan link dibawah

Faz,
Your Nerd Beauty Consultant

No comments:

Post a Comment

Peluang Pendapatan Hanya Di Rumah!

Assalamualaikum & hai dear, Adakah anda berminat untuk menjana pendapatan tambahan dari rumah? Kami menawarkan peluang perniagaan penjag...