Thursday, July 4, 2019

FREE FACIAL AT YOUR HOME!



Ramai di antara kita yang beli set penjagaan wajah tapi tak reti cara pakai, apa teknik yang betul, dan apa benda asas yang korang perlu ada.
Faz ada buat kelas percuma je untuk korang belajar semua tu. Dan apa yang lagi best, korang boleh tahu juga jenis kulit korang dengan menggunakan Skin Analyzer. Sambil-sambil tu korang boleh mencuba produk Mary Kay secara percuma saja. Jom manjakan diri korang sebentar dengan Mary Kay.
Jadi, kalau korang ada berdekatan dengan kawasan Subang Bestari, Kota Damansara ataupun Shah Alam, roger-roger je faz ok.
Faz,
Your Nerd Beauty Consultant
0179857801

PERKARA YANG ANDA PATUT TAHU PASAL LIP TINT!



Trend dalam kosmetik ni sangat pantas kan, dah macam trend alat komunikasi pula. Tak terkejar kita. Jadi sekarang, dalam dunia kesmetik ini, ada satu trend dimana wanita-wanita nak pakai makeup, tapi nak nampak natural. As confuse as it sound, the things to get that ‘no-makeup- makeup look’ is really exist. Okay korang tak yah nak cakap pasal natural beauty lah kat sini, itu topic lain. Haha.



Okay, berbalik pada topic no makeup, makeup look tadi, disebabkan permintaan yang tinggi pada gaya yang macam ni, banyak la servis-servis diluar sana menawarkan, sulam bedak (untuk muka nampak macam pakai bedak hari-hari, tak larut air, tahan berbulan-bulan), tattoo kening (supaya takyah pakai celak hari-hari), haa apa lagi, apa ni, eye lashes extension dan lain-lain lagi korang boleh cari sendiri. Tapi kadang-kadang kaedah ini, tak bersih dan kalis air.

Sulam bedak ke dalam kulit. Separa kekal.
Eyebrow tattoo

But, thanks to makeup!  Ada juga kaedah lain untuk dapatkan gaya yang wanita-wanita ini dambakan, yang lebih selamat dan boleh dicuci. Contohnya seperti lip tint yang dah semakin mendapat tempat di Malaysia. Lip tint ni popular kat Korea tau. Sebab dia nampak macam mulut tak nampak macam pakai lipstick pun. Nampak macam warna semulajadi gitu. Orang Korea kan suka makeup gaya natural-natural gini. Lepastu, lip tint ni tahan lama. Orang memang ingat korang macam tak pakai lipstick punya la. Sebab dia “tint” kan warna bibir korang tu. Tapi apa yang best nya, tint ni bersifat sementara. Cuma dia lagi tahan lama berbanding lip matte.

Lip tint korea

Rangkaian kosmetik Mary Kay juga tidak melepaskan peluang untuk mengeluarkan LIP TINT edisi terhad mereka. Didatangkan dengan 3 warna yang diinspirasikan daripada warna musim bunga di kawasan gurun. Haaa kelas kau. Gurun terus.



Tapi sebelum korang beli dan pakai, jom baca, apa yang korang patut tahu pasal LIP TINT Mary Kay edisi terhad ini!


Liptint Mary Kay ini ada 3 warna pilihan, Magenta, Canyon dan Flora. Dengan ketepatan seperti mata pena, lip tint yang ringan dan boleh diperkuatkan dengan lapisan warna (buildable lip colour) akan membenarkan anda untuk membina raut wajah – dari neutral sehingga kelihatan anggun – tanpa merasa berat di bibir.

Sebelum pakai lip tint ni, anda disarankan untuk memakai pelembab bibir dahulu, barulah nampak mungil. Nak pakai lip tint dengan lip gloss pun boleh tau. Untuk menanggalkan lip tint dengan mudah, anda boleh guna Lip Scrub Mary Kay sahaja.


Jadi, siapa yang sesuai menggunakan lip tint ni? Sudah tentu lah wanita yang sibuk 24 jam sehari sehigga tidak sempat touch up lipstick mereka. Haha. ok gurau je. Lip tint ni sesuai untuk wanita yang inginkan pemakaian lipstick yang tahan lama. Tidak perlu touch up banyak kali. Ianya juga menjimatkan duit, Hehe. Anda boleh dapatkan lip tint ini dengan Faz.

Untuk lihat promosi Lip Tint tekan sini.

Untuk order boleh tekan link dibawah

Faz,
Your Nerd Beauty Consultant

Wednesday, July 3, 2019

Apa? Takkan sebab ni je boleh jadi jerawat?

Iya. Sebab ini saja. Tapi percayalah, jerawat bukanlah berlaku semalaman. Ianya mengambil masa dua hingga tiga minggu sebelum itu.

Proses pembentukan jerawat

Apa punca biasa berlakunya jerawat ini?

Sel-sel kulit kita sentiasa diperbaharui, dan sel-sel kulit lama yang dah mati ni, mereka boleh terkumpul di dalam pori-pori kulit kita. Iya, sebab tu la pentingnya korang pakai scrub dan mask. Kalau ada bajet lebih sikit, boleh guna facial brush macam Skinvigorate cleansing brush ni untuk membantu buang sel-sel kulit mati secara lembut.  Tekan sini untuk info Skinvigorate



Kemudian, minyak yang dihasilkan oleh pori muka kita ni akan bercampur dengan sel-sel kulit mati tadi dan membentuk plug. Kita namakan dia plug sebab dia bersifat menutup atau menghalang.


Jadi, plug yang dihasilkan itu, akan memerangkap minyak yang dihasilkan secara semula jadi oleh kulit kita tadi. Bila minyak yang dihasilkan asik terperangkap saja, tak boleh keluar macam biasa, ini lah yang menyebabkan pori-pori kita membesar/melebar/ gemuk.

Tu, nampak tak plug tu memerangkap minyak. Jadi tersumbat la liang pori kita

Haaa, lepas tu apa lagi, bakteria P. acnes hidup subur, lagi-lagi kalau korang jenis malas basuh muka, jenis biar je muka, haa lagi la dia suka membiak. Bakteria ni akan mencetuskan kontroversi, eh salah, akan mencetuskan reaksi yang boleh menyebabkan pori kita merah, bernanah dan bengkak. Jadilah jerawat.

Bakteria P.acnes penyebab jerawat

Jadi kawan-kawan sekalian, apa yang dapat kita rumuskan kat sini? Iya, pandai, kesimpulannya, kita kena lah jaga kebersihan muka. Itu paling asas. Tak termasuk masalah hormon, genetik, salah pakai produk ke apa lagi tau. Ini yang paling asas kenapa jerawat terjadi.

Selain jaga kebersihan muka dan tempat korang tinggal, diet yang seimbang dan senaman pun kena la amik kira kan.

Tapi kalau dah keluar jerawat juga, kita nak buat apa sis Faz? Takpe, sebab tu la banyak ubat jerawat diluar sana. Mari kita tengok apa yang Faz nak tawarkan. Mari..mari..

CLEARPROOF ACNE SYSTEM

Mary Kay juga mempunyai rangkaian penjagaan wajah untuk kulit berjerawat (mild to moderate acne). Set tu kita panggil CLEARPROOF ACNE SYSTEM.

Apa yang bestnya pasal set ni? Set Clearproof ni dia punya super power ialah Salicylic acid. Salicylic acid ni dia bertindak macam penggelupas (exfoliant) untuk menggalakkan dan memudahkan pembuangan sel-sel kulit mati. Selain itu, daLam set Clearproof ini juga dia ada tujuh jenis ramuan botani PENENTANG JERAWAT!

Seperti yang ramai ketahui, Mary Kay memang menggunakan keistimewaan dan kebaikan daripada ekstrak-ekstrak botani ni, jadi jangan memandang rendah pada pokok tau! Jom tengok apa yang ada dalam set ni. Set ni ada:


  1. Canadian Willowherb
  2. Burdock Root
  3. Sea Heather
  4. Charcoal
  5. Koalin and Bentonite Clays
  6. Honey Suckle and Navy Bean Extract
  7. Avacado
Kelebihannya? korang cari la sendiri, aku malas. Tulis panjang-panjang pun bukan orang baca.hahahahaahahha. Tapi Faz nak bagitahu satu la, meh sini Faz suap info meh..nak tahu tak, kenapa depa guna arang? Sebab arang aktif ni dia bertindak macam megnet untuk unclog pores. Pastu dia boleh serap minyap dan mengurangkan la berkilat muka korang tu. Agitu.

Jadi, kalau korang ada masalah jerawat boleh saja hello-hello Faz di talian dibawah ini, untuk rundingan kulit percuma!


Sehingga berjumpa lagi di lain rencana!

Faz Kamal,
Perunding Kecantikan Anda.

Tuesday, July 2, 2019

Perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli FACIAL BRUSH!


Siapa sini yang tidak mencuci muka? Agak janggal kan kalau kita tidak mencuci muka walau satu hari pun. Mencuci muka sudah mejadi rutin pejagaan wajah yang penting dan menjadi asas kepada kebersihan wajah kita.



Tidak kiralah jika anda sedang bersiar-siar  di taman, sedang  bekerja di pejabat, memasak di rumah ataupun keluar melancong, anda mesti terdedah kepada mikro partikel dan radikel bebas daripada udara yang tercemar. Mikro partikel yang halus ini mampu menembusi kulit anda dan menyebabkan pelbagai masalah kulit antaranya seperti jerawat, pigmentasi dan jeragat.



Oleh sebab itulah, anda mesti mencuci muka paling malas pun, dua kali sehari. Tapi sekarang, mencuci muka bukanlah sekadar menggunakan air dan pencuci muka. Kini ramai wanita dan lelaki sudah sedar akan kepentingan berus muka yang dapat membersihkan muka dengan lebih efektif.
Apa itu berus muka? Dalam bahasa inggeris, kita panggil sebagai FACIAL BRUSH. Berus muka ini merupakan satu peranti pembersih wajah yang terdiri daripada berus yang boleh berputar dengan menggunakan kuasa bateri ataupun elektrik.



Menurut kajian yang dijalankan oleh saintis Mary Kay, dengan menggunakan Skinvigorate Cleansing Brush (berus muka Mary Kay), ianya dapat membersihkan wajah daripada solekan 85% lebih bersih berbanding dengan menggunakan tangan. Best kan!



Jadi, apa yang kita dapat kalau pakai berus ni hari-hari?
Kulit wajah mempunyai 20,000 pori-pori. Jerawat akan terhasil apabila pori-pori tersumbat dgn kotoran dan minyak. Berus pencuci skinvigorate ini diciptakan khas dimana berusnya juga mempunyai sebanyak 20,000 berus nipis dan sangat kecil. Berus yang halus dan lembut ini akan  mencuci kotoran sehingga ke dalam pori-pori.



Selain itu, dengan 400 putaran seminit, ianya mampu membantu mengurut keseluruhan wajah serta melancarkan perjalanan darah. Perjalanan darah yang baik di bawah kulit dapat memberi kulit wajah yang sihat dan lebih berseri. Glowing gitu!

Selepas menggunakan berus ini, pasti anda akan rasai perbezaannya. Kulit wajah akan rasa licin, halus, segar, bersih dan cerah. Faz sendiri sudah merasai perbezaannya tau. Biji-biji halus di bahagian hidung Faz sudah tiada. Kini hidungku licin dan bersinar! Haha

Berus ini juga sangat sesuai utk anda yg tiada masa atau nak cepat, penggunaan berus pencuci skinvigorate ini hanya mengambil masa 1-2 minit sahaja. Anda cuma tekan butang 'On' & pilih tahap kelajuan dan lalukan berus ini ke keseluruhan wajah. Jimat masa dan tenaga bukan?

Harganya pula mampu milik!! Sangat berbaloi jika anda beli Berus Pencuci Skinvigorate ini berbanding jenama lain diluar sana dan memang tidak dinafikan terdapat banyak jenama-jenama lain di pasaran sekarang. Tapia da yang tersangat mahal. Kalau ada yang murah pun, berusnya pula cepat kembang dan kasar pada wajah. Yang Mary Kay punya ni sangat berpatutan harganya!

Apa kelebihan SKINVIGORATE CLEANSING BRUSH INI?
Ianya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif kerana berusnya yang sangat lembut pada wajah. Kalis air dan kedap, anda boleh letak sahaja di tepi sinki atau di dalam bilik mandi. Mempunyai butang 'On & Off' juga butang untuk mengawal tahap kelajuan. Ianya kecil, comel & sangat ringan, mudah dibawa kemana-mana. Berus Pencuci Skinvigorate ini mempunyai 1 tahun tempoh warranty dan setiap pembungkusan mengandungi :-

1. Peranti / device
2. Dua kepala berus
3. Dua biji bateri AA
3. Buku manual

Untuk melihat Faz buat eksperimen mengenai Skinvigorate Cleansing Brush ini, boleh klik link dibawah:

Untuk order boleh tekan link kat bawah ni tau.



Peluang Pendapatan Hanya Di Rumah!

Assalamualaikum & hai dear, Adakah anda berminat untuk menjana pendapatan tambahan dari rumah? Kami menawarkan peluang perniagaan penjag...